top of page

TERMA & SYARAT KHAS

  • Terma dan syarat-syarat khas ‘Jualan Tapak  bagi Festival Keusahawanan Seni Artbeat  ke 3, 2019 “The Golden Artbeat : Membangun Sumber Kreativiti Dalam Memacu Perindustrian Ke 4”  ini adalah terpakai dan berkuatkuasa ke atas semua peserta.

  • Pihak penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda peraturan-peraturan ini pada bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya.

  • Pendaftaran dan penyertaan ini bermakna anda menerima peraturan-peraturan ini. Para peserta bersetuju untuk bekerjasama dan mengikut semua arahan daripada pihak penganjur mengenai jualan booth ini dan penyiarannya.

  • Produk yang dijual boleh terdiri daripada hasil karya seni pelajar seperti di bawah:

    • Lukisan

    • Pakaian

    • Soft Furnishing

    • Seramik

    • Produk Makanan Kering (Siap dibungkus)

  • Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

  • Kegagalan pihak penganjur untuk menguatkuasakan sebarang terma dan syarat khas dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi dimana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak.

  • Pihak penganjur berhak untuk menamatkan dan/ atau membatalkan jualan tapak ini pada bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada sesiapa pun.

JUALAN HASIL

KARYA SENI

TANGGUNGJAWAB

  • Peserta jualan bertanggungjawab memastikan kebersihan tapak pameran/jualan sebelum, semasa dan juga selepas festival.

  • Peserta perlu memastikan peralatan, perkakas serta kemudahan yang akan disediakan oleh pihak penganjur dalam keadaan baik. Jika berlaku sebarang kerosakan terhadap mana-mana peralatan, perkakas serta kemudahan yang disediakan, pihak peserta boleh dikenakan tindakan ganti rugi.

  • Peserta jualan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pengunjung serta pembantu semasa ianya berlangsung. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan. Ia diletakkan sebagai kecuaian pihak peserta pameran/jualan.

  • Sebarang pertanyaan mengenai jualan boleh dirujuk dengan pihak penganjur.

 

 

PENYERTAAN

  • Setiap peserta dikehendaki mendaftarkan maklumat dan jualan masing-masing melalui borang yang disediakan.

  • Pemohon yang berdaftar untuk tapak jualan/pameran akan dikenakan bayaran sebanyak RM 300.00 ( 2 hari)

  • Setiap perserta hanya dibenarkan mendaftar sebanyak satu tapak jualan/pameran sahaja.

  • Informasi mengenai pendaftaran boleh dirujuk kepada jawatankuasa persiapan tempat & pameran, Cik Suhaili Binti Salleh (019-7357201)

  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2019 (Khamis).

(Borang Penyertaan Booth Tapak Jualan)

© 2019 by Politeknik Ibrahim Sultan

bottom of page